Tuesday

benar?

kadang-kadang bila terlalu memikirkan kewajaran akan sesuatu, kita cuma memakan emosi diri sendiri.

maka adakah kewajaran itu merupakan suatu keharusan?

Thursday

hoi

minoriti, memang serupa lalang. jangan jadi tikus boleh? bising-bising dalam longkang, nampak kaki aku kau menyorok di balik lubang pula.

Friday

tik tik tik

sudah hampir separuh aku baca catatan harian kau, dan aku menjadi begitu larut dalam setiap arus fikiran yang kau alirkan. hanyut. tapi ini memang seringkali terjadi, membaca apa pun, memang aku akan merasa seolah-olah aku benar berada di dunia lain. bersama melihat kau menaip di kamar kecil di bawah lampu malap dan banyak nyamuk itu. kali ini, aku mohon janganlah kau kabur dari ingatanku. jadilah sebahagian dari diri aku.

rudy

i've got to see you one more time.

Tuesday

dear copywriting, i love you but i can't afford you




i got inspired watching this.

malam tadi, tiba-tiba datang satu perasaan yang kuat. tiba-tiba saya jadi nekad mahu berhenti. saya nak masuk kelas copywriting. sudah lama saya teringin. lalu, saya buka web sekolah copywriting kegemaran saya, dan saya jadi teruja. setiap post saya baca. sambil membaca, di dalam kepala saya hanya terbayangkan nama manusia hebat ini. leo burnett. leo burnett. leo burnett. ada pengambilan baru untuk latihan copywriting selama tiga bulan. saya fikir, saya mahu pergi. saya hantar emel kepada janet lee. dan ini jawapan beliau.

Hi Bell,
I love your email address!
We offer 3-month and 6-month part time training programmes for people who want to break in to the advertising industry. Regardless of whether you have any advertising background or not, you can learn to strategise, conceptualise ideas and write advertisements the way your future employers expect.

If you are planning to quit studying and pursue a career in advertising, this is your shortest, surest and safest option. Would you like to come over, check out our place and get greater details on how our training programme can lead you to a successful career launch? I'd be happy to meet you in person and guide you
through what we do.

Meanwhile, here is the prospectus of our 3-month programme called Idea Rawkstarrs.


I look forward to hearing from you again :)


Sincerely,
Janet Lee

seronok membaca. saya buka prospektus yang diberi. saya baca, sampai ke bahagian bayaran kemasukan saya jadi hampa. rm5500. rasa macam nak menangis. saya tak mampu. kenapalah hidup selalunya mengecewakan. selalu jadi begini. bila saya sudah dapat kekuatan untuk ambil satu langkah ke hadapan, ada yang akan mengundurkan saya balik.


Thursday

mulai hari ini, aku gelar kau sebagai si polan saja

'buat baik pada yang jahat'

menurut saya, ini, seperti kata orang putih, adalah crap! dan bullshit. untuk orang-orang lupa diri seperti jane doe mahupun jon doe, bukan perbuatan baik yang akan saya balas sebagai imbalan buat mereka. tujukanlah apapun kata-kata buat saya, tapi dalam kehidupan yang menggila sebegini rupa, masih adakah yang benar-benar baik untuk tunduk pada yang jahat? memanglah perlu ada tolak ansur, tapi saya tidak mahu berbagi dengan sesiapa lagi. lebih-lebih lagi kau.

Friday

when i'm dead, is when i'll be free

kelmarin, saya sedang mendengar chad vangaalen tiba-tiba saya terima satu mesej pendek.

'onyen meninggal jam tiga lebih'.

saya tidak tahu apa yang saya rasakan. saya tidak begitu rapat dengan moyang saya. kini, satu-satunya orang paling tua dalam keturunan saya sudah tiada. moyang yang saya sering panggil onyen telah pergi. yang saya ingat tentang arwah, beliau gemar duduk memencil
diri di luar rumah, memerhati apa saja. kadang bila sudah kepenatan duduk, beliau akan berbaring. penat berbaring, beliau akan memanggil sesiapa saja yang ternampak olehnya, meminta dihulurkan tongkat untuk bangun. nama-nama kami pun, hampir semua tidak teringat olehnya lagi. tapi, jauh beberapa tahun kebelakangan dulu, saya masih ingat ketika kami yang kecil-kecil ini sedang bermain di laman kampung, dan onyen duduk memerhati. tiba-tiba dia melihat saya dan berkata 'ini yang jahat dulu'. saya kurang mengerti maksudnya dan bertanya pada makcik saya. dan saya diberitahu, sewaktu kecil saya seringkali menangis, dan hanya akan berhenti menangis bila dikendong. saya hanya pernah nampak onyen menangis sewaktu opah meninggal. raya kali ini tentulah tidak akan sama lagi seperti raya-raya sebelumnya. onyen dikuburkan bersebelahan kubur opah. tiada apa yang boleh saya cakapkan lagi. kematian membawa ketenangan sebenarnya, walau kami yang masih berpijak di atas ini menangisi pemergiannya.

al-fatihah.